Wednesday, January 27, 2010

Khilaf seorang Hamba...

kadang kala..
aku terasa seperti kehilangan sesuatu...
kadang kala..
aku terasa seperti kekurangan sesuatu...
& kadang kala...
aku terasa seperti kepincangan sesuatu...

mengapa?
mengapa ini yang harus aku rasai??
mengapa ini yang harus aku lalui??
& mengapa ini yang harus aku tempuhi???

Ya Allah...
dugaan ini ku rasakan amat berat sekali...
dugaan ini kurasakan tidak mampu untuk ku tanggung lagi...
& dugaan ini benar-benar menguji kesabaranku...

Ya Allah...
apakah ini ujian yang tertulis untuk ku???
apakah ini yang harus aku hadapi???
& apakah ini yang harus aku renangi???

Ya Rabbi...
sungguh, aku sudah tidak sanggup untuk terus berdiam diri...
sungguh, aku sudah tidak sanggup untuk berhadapan dengan semua ini...
sungguh, aku sudah tidak kuat untuk menanggung perihal ini lagi...

Sahabat...
pertemuan kita tiba-tiba..
perpisahan kita juga tiba-tiba tanpa aku mengetahui apa sebabnya..
apa salah diri ini sehingga kau sanggup membuang diriku dari lipatan hidupmu??
apa khilaf diri ini hingga kau sanggup membenciku sedemikian rupa??

tabahlah wahai hati...
tabahlah dalam meniti hari-hari mendatang...
hanya satu harapanku...
agar kita akan terus menjadi sahabat seperti dahulu...
doaku agar kita dapat kembali menjadi teman, sahabat dan rakan...

Wednesday, January 20, 2010

Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita

'
Bismillah....


Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yang ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.


Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.


Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalian


Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.


Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.


Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.





"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikat silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...


nie sekadar p'kongsian je..ana amek kt blog sahabat ana..hehe
moge b'manfaat tuk kite smue..amiin.

Sunday, January 17, 2010

Perkahwinan sebagai Bukti Cinta kepada Allah..


'
Bismillah....


Setiap manusia mengimpikan hidup berteman kerana sudah menjadi fitrah manusia itu tidak boleh hidup bersendiri. Allah yang Maha Bijaksana telah menjadikan tiap-tiap ciptaannya berpasangan seperti malam dan siang, kuat dan lemah, baik dan buruk serta lelaki dan wanita. Manusia memerlukan teman istimewa untuk berkongsi perasaan cinta, kasih dan sayang, suka dan duka. Maka, sebagai agama yang syumul, Islam menyediakan jalan untuk memenuhi fitrah ini secara betul iaitu melalui perkahwinan.

Perkahwinan atau nikah dari sudut bahasa beerti bercampur atau berkumpul. Dari sudut istilah syara’, perkahwinan ialah ijab dan qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan lelaki dan perempuan, yang diucapkan dengan kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.

Konsep perkahwinan dalam Islam sangat luas, bukan sekadar hubungan intim antara suami dan isteri. Ia merupakan satu perkongsian hidup yang menggabungkan elemen fizikal, spiritual dan emosi demi mengejar keredhaan Ilahi. Maka, apabila ikatan perkahwinan didasari ila mardhotillah, kebahagiaan dan ketenangan akan menjadi perhiasan perhubungan suci ini. Perkahwinan membantu seorang manusia Muslim menjauhi dunia kotor penzinaan. Malah, ikatan perkahwinan ini membezakan manusia dengan haiwan dalam memenuhi kehendak naluri. Ringkasnya, perkahwinan menjamin kesucian martabat seorang manusia dan sebagi bukti cinta murni.

Dewasa ini, ramai manusia Muslim yang sedang asyik dengan cinta tidak sedar dengan hikmah sebuah perkahwinan. Maka, ramailah yang terjerumus kekancah zina, malah ada yang bersekedudukan lagak seperti sepasang suami isteri. Bukankah lebih indah jika hubungan cinta yang suci fitrahnya itu terjalin dengan adanya ikatan sah antara lelaki dan perempuan?

Zina adalah satu dosa dan jenayah besar yang berat hukumannya dalam Islam. Lelaki dan perempuan yang belum berkahwin apabila didapati berzina, maka hukumannya 100 kali sebatan dan dibuang negeri selama setahun. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, “penzina-penzina perempuan dan laki-laki hendaklah kamu sebat mereka sebanyak seratus kali.” Dalam hadith Riwayat Muslim, Rasulullah bersabda, “ambillah dari kami, sesungguhnya Allah telah jadikan mereka (kaum wanita) akan jalan; teruna dengan dara disebat seratus kali dan dibuang setahun.”
Manakala, hukuman bagi penzina yang sudah berkahwin pula adalah rejam sampai mati. Walaupun hukuman ini tidak dijalankan di Malaysia, anda tidak akan terlepas dari hukuman Allah di akhirat kelak. Api neraka tidak sabar untuk membakar manusia-manusia yang ingkar pada-Nya.

Kesan daripada perbuatan zina ini, maka wujudlah fenomena buang anak dan pengguguran janin yang begitu membimbangkan. Nilai-nilai kemanusiaan mula terhakis akibat termakan racun pemberian syaitan dan apabila menjadikan nafsu sebagai tuhan. Lama-kelamaan, tamadun manusia akan hilang ciri kemanusiaan, tetapi diganti dengan ciri kebinatangan. Itukah yang kita mahu?

Oleh itu, sebagai seorang Muslim yang prihatin dengan permasalahan ini, saya seru anda semua menjadikan perkahwinan atau nikah sebagai wasilah utama memenuhi tuntutan naluri bercinta. Kembalikan martabat perkahwinan sebagai benteng pemelihara diri dan sebagai tempat menggapai cinta Allah. Bagi mereka yang pernah terjerumus dengan perbuatan zina yang terkutuk, belumlah terlambat untuk anda bertaubat dengan sebenar-benarnya selagi mana matahari terbit disebelah timur letaknya. Sesungguhnya, Allah S.W.T. Maha Pengampun. InsyaAllah.

Wallahu a'lam..

Wednesday, January 13, 2010

Cara Syaitan Menawan Manusia

Bismillah.....

Syaitan Laknatullah tidak akan penah jemu dan akan selalu berusaha untuk mensesat kn manusia. di sini ingin saya berkongsi pengetahuan mengenai musuh terbesar manusia iaitu syaitan laknatullah dan pintu-pintu yang membuka ruang kepada mereka untuk menyusupi hati manusia.

Pintu pertama: Marah

Sesungguhnya sifat suka marah sangat jelik. Marah yang melampau-lampau membuatkan seseorang itu bertindak tidak waras dan tidak rasional. Sesuai dengan kejadian syaitan yang diciptakan daripada api, marah juga diibaratkan seperti api yang membakar. Marah yang meluap-luap bukan sahaja membakar perasaan orang lain, malah lebih teruk lagi, ia memusnahkan dan membuka aib individu pemarah. Marah juga mengundang persengketaan sesama manusia.

Disebabkan itu, Rasulullah s.a.w menegaskan sekalian manusia supaya la taghdab “jangan (dikuasai) marah”.

Seorang wali Allah bertanya kepada Iblis:
“Cuba engkau terangkan bagaimana engkau menawan anak Adam?” Iblis menjawab: “ aku tawan dia ketika ia marah dan ketika ia bernafsu.”

Pintu kedua: Nafsu Syahwat

Salah satu faktor yang menyumbang kepada kewujudan ilmu ekonomi adalah “limited resources for unlimited human’s wants”. Definisi ekonomi ini memberikan kita gambaran bahawa benar sekali manusia itu mempunyai ghairah dan nafsu syahwat untuk memenuhi kehendak-kehendaknya yang tidak terbatas.

Konsep nafsu syahwat bukan sahaja merujuk kepada hubungan intim, tetapi juga merujuk kepada nafsu makan, nafsu kepada kekayaan dan lain-lain.

Jika manusia gagal untuk mengawal nafsunya sendiri, maka dengan mudahnya syaitan tanpa segan silu menyelinap dalam diri manusia dan seterusnya mengajak kita ke arah kemungkaran.

Walaupun demikian, terdapat beberapa kunci untuk mengawal nafsu dan menyekat kemasukan syaitan dalam diri manusia iaitu seperti berpuasa, infak, zikir dan sebagainya.

Pintu ketiga: Tergesa-gesa

“(Sifat) tergesa-gesa itu datangnya dari syaitan (manakala) cermat dan berhati-hati dari Allah Subhanahu Wata’ala.”

Sudah terang lagi bersuluh, tergesa-gesa merupakan sifat yang tidak patut ada pada diri setiap muslim. Ini kerana , sikap terburu-buru ini mendedahkan kita kepada perkara-perkara syubhah dan kesusahan.

Dalam aspek gerakan pelajar Islam, sikap gelabah ini mengundang fitnah dan tragedi dalam kehidupan jemaah keseluruhannya.

Pintu keempat: Hasad Dengki

Niccolo Machievelli, pemikir politik Barat telah mengatakan “end justifies the means”-matlamat menghalalkan cara dalam bukunya ‘The Prince’. Konsep ini tanpa ragu ditolak dalam Islam kerana ia mengundang kepada perasaan hasad dengki hanya semata-mata mahu memastikan matlamat diri tercapai walau melalui metode-metode yang membelakangkan hukum-hakam dan prinsip-prinsip syariah Islamiyyah.

Hasad dengki merupakan antara pintu masuknya syaitan ke dalam jiwa manusia. Sifat mazmumah ini menghilangkan kewarasan dan kebijaksanaan seseorang Muslim. Malah, kehadiran sifat ini menyebabkan seseorang itu senantiasa resah dan gelisah serta sakit hati kepada orang lain.

Pintu kelima: Kikir

Kedekut adalah perkataan lain bagi kikir. Sifat kikir ini sangat disukai oleh syaitan laknatullah kerana ia menyebabkan kita ragu-ragu dengan rezeki kurniaan-Nya yang Maha Ar-Razaq.

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 268 yang bermaksud;

“Syaitan menjanjikan (menakutkan) kamu dengan (risiko) kepapaan, sentiasa menyuruh kamu melakukan kebejatan. (Akan tetapi) Allah menjanjikan untuk kamu keampunan dan kurnia daripadanya, dan Allah Maha Luas (kurnianya) dan Maha Mengetahui.”

Pintu keenam: Takabbur

Takabbur merupakan sifat syaitan dan iblis. Disebabkan sifat inilah, Iblis telah dilaknat dan tercampak ke bumi. “Ia berkata: Aku lebih daripadanya (Adam). Engkau jadikan aku dari api dan dia (Adam), Engkau cipta dari tanah.” Peristiwa itu juga telah membuatkan syaitan berdendam dan bersumpah akan mempengaruhi anak Adam supaya mengikut jejaknya ke arah kemungkaran.

Pintu ketujuh: Buruk Sangka terhadap Muslimin yang lain

Dalam surah Al-Hujurat, ayat 12, Allah Ta’ala telah berfirman yang bermaksud,

“Wahai orang-orang yang beriman hindarilah dari (sifat) banyak berprasangka. Kerana sebahagian dari sangka-sangka itu adalah dosa.”

Sifat berprasangka buruk ini tidak nampak kebaikannya dalam hubungan persaudaraan sesama Muslimin. Malah, keburukannya sangat besar, dimana ia bukan sahaja mencantas hubungan sesama saudara seakidah malah merupakan fitnah terbesar dalam gerakan Islam dan agama Islam itu sendiri. Dengan adanya sifat ini, kaum Muslimin tidak mungkin akan bersatu yang mana pada akhirnya kita terjajah oleh manusia Kafir.

Sebagai kesimpulan, dapat kita rumuskan di sini bahawasanya terdapat beberapa pintu yang memberi ruang dan peluang kepada musuh utama manusia menyusp masuk dan melancarkan agendanya untuk mengajak manusia ingkar kepada Tuahan yang Maha Agung iaitu sifat marah, nafsu syahwat, hasad dengki, tergesa-gesa, kikir, takbbur dan berburuk sangka pada sesame Muslimin yang lain. kunci kepada pintu-pintu ini adalah sifat taqwa dengan senantiasa bertaqarrub dan berzikir pada-Nya. InsyaAllah. Wallahu a'lam.

Sunday, January 10, 2010

cinta....

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Saturday, January 9, 2010

Isu Kalimah Allah..

Bismillah....

tergerak juga hati saya utk berkongsi pengetahuan berkaitan kes terhangat yg ketika ini sering dibicarakn iaitu 'Isu Kalimah Allah',,di sini ingin saya menyatakan beberapa sebab kenapa kite mesti mempertahankan nama Allah...

1) Nama Allah telah menjadi nama khas bagi Tuhan Umat Islam.

2) Kalimah Tauhid : لا اله إلا اللة bermaksud :

Tiada Tuhan melainkan Allah, bukan Tiada Tuhan melainkan Tuhan.

Jika ia bermakna tiada tuhan melainkan Tuhan maka tidak ada maknanya seseorang mengucapkan kalimat tauhid itu. oleh kerana itu sarjana - sarjana Islam tidak bersetuju untuk menggantikan Allah dengan God dalam bahasa Inggeris.

Contoh : penterjemahan Son of God ke Bahasa Melayu : Anak Allah.

3) Surah Al-Ikhlas :

" Katakan lah : Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia ".

(al-ikhlas: 1-4)

Berdasarkan Surah di atas, sebagai orang Islam kita mesti yakin bahawa yang bernama Allah adalah yang mempunyai sifat-sifat tersebut. Dalam erti kata lain kita tidak boleh mengakui bahawa yang tidak mempunyai sifat-sifat tersebut juga adalah Allah.

4) seperti yang dinyatakn oleh Dr. Asri memang masyarakat Jahiliyyah menggunakan nama Allah, tetapi nama Allah di situ digunakan dari sudut bahasa sahaja dan sebelum perkataan itu diIslamisasikan. Ia kemudian menjadi nama khusus yang merujuk kepada sifat-sifat di atas. Kata-kata Solat, contohnya, dari segi bahasa adalah doa dan telah digunakan oleh orang Arab sejak pra-Islam lagi, ia kemudian menjadi istilah yang merujuk khusus kepada apa yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w. oleh itu kita tidak boleh mengatakan orang Khatolik juga melakukan solat hanya kerana mereka berdoa di gereja.


Semoga olahan ini tidak mendatangkan kekeliruan dan semoga kita semua diberkati Allah dan dimasukkan dalam golongan yang diberi petunjuk. Amin..