Wednesday, March 6, 2013

Daie yang Terpesong



Kebanyakan daie dia bermula dari bawah… Dia bermula dengan dirinya ditarbiyah, bermula dengan mendapat input… Bermula dengan seorang yang sangat humble, yang sanggup tunduk dan dengar segala jenis perkongsian dan peringatan yang diberikan oleh semua orang… Kemudian setelah sekian lama barulah dia mula menyampaikan input dan ilmu yang dia dapat itu kepada orang lain….

Pada tahap awal ketika masih belajar…. Seorang daie itu mungkin akan berfokus kepada mengajak kawan-kawannya yang lain untuk mengikuti tarbiyah…. Kerana tarbiyah itu sudah mengubahnya dan dia meyakini bahawa perjuangan Islam ini perlu bermula dengan mentarbiyah individu… Dia mula membawa usrah dan mula memberi pengisian di daurah-daurah….

Sehinggakan pada satu masa… Kadang kala dia begitu sibuk membawa usrah sehingga pukul 1-2 pagi…. Sehinggakan keesokan harinya qiyamullail dan subuh berjemaah terabai…. Dia begitu sibuk belajar di siang hari…. Sehingga dhuha dan solat jemaah tidak dijaga… Dia begitu sibuk dengan meeting dan assignment di malam hari… Sehinggakan bacaan Quran entah ke mana….

Akhirnya pada suatu hari ketika dia membawa usrah…. Dia merasakan usrahnya rasa tak best… Rasa kacau bilau… Rasa seperti apa yang disampaikannya hanya menjadi pengisian-pengisian kosong…. Lebih tak best kadang kala mulutnya tergagap…. Tidak dapat nak menyampaikan pengisian dan pendapat secara lancar…. Dari semasa ke semasa pula dirasakan anak usrahnya tidak serius…. Suka bergurau berlebih-lebihan…. Pembentangan tidak dibuat dengan baik…. Mesej juga kadang kala tidak direply…

Dia mula ‘memuhasabah’ anak usrahnya…. Merasakan anak usrahnya begitu teruk kerana masih bermain-main setelah sekian lama mengikuti tarbiyah…. Masih tidak reti untuk membentang pengisian dengan baik…. Namun dia turut muhasabah dirinya yang tidak membuat persediaan usrah dengan baik….

Kemudian ketika di daurah pula…. Dia mula merasakan daurah itu seperti cair… Suasana daurah tersebut tak best… Tidak mengancam seperti daurah yang pernah dia lalui dahulu….. Sudah tidak ada orang yang menangis air mata keinsafan selepas daurah…. Yang dilihat hanyalah gelak tawa ketika waktu makan dan muka-muka yang tunduk mengantuk ketika pengisian

Dia mula ‘muhasabah’ AJK Daurah…. Dia mula merasakan AJK daurah tidak reti menguruskan daurah… Dia menegur AJK masakan kerana tidak bersedia untuk masak dengan awal… Dia menegur AJK pengisian kerana memberikan pengisian-pengisian yang dirasakannya ‘cair’, tidak ‘best’ atau tidak ‘tarbawi’…. Lebih teruk lagi kadang kala dia menyalahkan qiyadah kerana ‘menetapkan’ daurah sebegitu rupa…. Namun kadang-kala dia juga memuhasabah diri… mungkin dia punya slide pembentangan tadi kurang menarik….


Ikhwah Akhawat
Itulah seorang daie yang sudah mula terpesong, terlupa arah tuju
Daie yang mula merasakan hasil dakwahnya, adalah terletak pada tangannya
Daie yang mula merasakan… Kejayaan dakwah itu terletak pada faktor-faktor duniawi
Terletak pada pengisian, terletak pada struktur gerak kerja, terletak pada kepetahan kata-kata

Sedangkan ikhwah akhawat
Kejayaan dakwah itu terletak pada Allah
Jika Allah ingin berikan kejayaan kepada dakwah kita…
Maka Dia akan melancarkan mulut kita dalam berkata-kata
Dia akan memudahkan gerak kerja kita
Dia akan mencampakkan hidayah ke dalam hati mad’u-mad’u kita
Tapi jika Allah inginkan kegagalan untuk dakwah kita
Maka Allah akan mendatangkan ‘bala’ kepada dakwah kita dari apa-apa saja cara dan sudut…

Ikhwah Akhawat
Pada saat hilangnya Allah daripada kehidupan kita…..
Pada saat hilangnya tawakkal kita kepada Allah…
Pada saat kita sudah tidak meletakkan Allah sebagai no 1 di dalam matlamat dan kebergantungan kita
Pada saat itulah dakwah kita akan mula kehilangan pertolongan daripada Allah
dan janganlah mimpi…. untuk dakwah ini menang
jika tidak mendapat pertolongan daripada Allah
Adakah kita sudah lupa janji kita setiap hari?

Iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’in
“Hanya kepada Engkau kami sembah… dan hanya kepada engkau kami meminta tertolongan…”

No comments:

Post a Comment