Wednesday, May 11, 2011

Perjalanan di Kota Pasuruan..


Hari demi hari berlalu, detik demi detik melaju dengan pantas. Sudah hampir 2 minggu diri ini berjuang bersama rakan2 melewati onak duri di Kota yang tenang dan mempunyai suasana yang indah. Kota Pasuruan terletak di Surabaya, Indonesia menjadi alternatif saya dan rakan2 untuk melaksanakan Latihan Amali Industri / Praktikal (klw dalam bahasa jawa magang), hehe..Perjuangan belum berakhir, hidup mesti diteruskan walaupun berjauhan dengan insan2 yang dicintai tetapi gelak tawa anak-anak murid di Madrasah Tsanawiyah Kota Pasuruan telah menarik nafasku untuk terus bersama mereka sehingga tiba waktu berakhirnya khidmatku di sini.

Bersama Ustz Firdaus

30 April, bermula pengembaraanku di Negeri orang..diiringi oleh sahabat2 ku Hamdi, Hisham Sidek, Yasin, Fazri dan Najie di Bandara LCCT..terharu dengan kehadiran mereka untuk mengiringi diriku..Moga Ukhwah kita berkekalan..:)

bersama sahabat2 sebelum bertolak

Setibanya di Bandara Surabaya, Mas Zainuddin & Mas Romzey telah membawa kami ke destinasi dimana perjuangan kami akan diteruskan. Sempat singgah di warung makan ‘MASAKAN PADANG’ untuk mengisi perut yang kosong..terlihat kelibat rakanku asiyah, aishah & kak ayu menikmati makanan tersebut, dengan bertemankan ‘TEH BOTOL’ kami menikmati makanan tersebut..’ada ekh teh dalam botol??’ k.ayu berasa pelik, mungkin di Malaysia tak de..tapi di Indonesia sudah biasa..

Makanan Masakan Padang


Antara Makanan pada malam itu


Akhirnya tibalah kami di masjid al-kautsar, Kota Pasuruan..kota yang sunyi dari keramaian tetapi penuh dengan kenderaan.


Masjid al-Kautsar


bersama Mas Zainuddin (kanan)

AYUH ARI MAJU TERUUSSS, PANTANG MUNDUURR !!!!!

Sekian sahaja entri kali ini…:)

4 comments:

  1. ey, ari, jgn rapat sgt ngn ecah..kang ad yg kna balik malaysia kang..haha

    nyway, moga korang selamat la di sana n selamat pulang ye ;)

    ReplyDelete
  2. SElAMAT BERJUANG DUHAI SAHABATKU, SESUNGGUHNYA PERJUANGAN ITU MASIH JAUH.kALIANLAH PENGGERAK MASA HADAPAN YANG MELAKAR SEJARAH INDINESIA, MALAYSIA DAN YANG TERBAIK MERUBAH DUNIA......AYUH!!!!

    ReplyDelete
  3. Merkur 37C Safety Razor - XN Games
    Merkur 메리트카지노 37C Safety Razor. Product Details. Description. A razor that looks like a choegocasino safety razor. The handle offers an incredibly 샌즈카지노 close shave,

    ReplyDelete