Tuesday, July 27, 2010

Memasak : Tanggungjawab Siapa???

Bismillah,,

salah ukhwah fillah kpd semua sahabt2..post kali ini saya tulis kerana tertarik dengan statement lecterer saya, beliau berkata 'KALAU IKUTKAN HUKUM YANG SEBENAR SEORANG SUAMI LAH YANG AKAN MEMASAK DI DAPUR TAPI KALAU IKUTKAN ADAT SI ISTERI YANG MEMASAK DI DAPUR'..


terdiam seketika mendengar ayat tersebut kerana bagi saya ia sangat bertentangan dengan realiti sekarang sekiranya kite mahu mengikut hukum,,

tapi kan sebagai seorang yang akan bergelar suami,,saya teringin gak nak rase masakan dari tangan isteri saya,,haha (statement xley tahan),,tapi bagi saya ini hakikat r,,xde nye mane2 suami yang xnak rase masakan isterinye,,dan si isteri pon akan bercita2 untuk memasak lauk yg sedap2 kepada bakal suami nye di masa akan dtg,, I'Allah,,,, :)

so saya wat sedikit research untuk lebih mengetahui hakikat sebenar tanggungjawab memasak antara suami dan isteri.. *waah!* akhirnya saya terjumpa ini..

***

Saya turut membaca buku berjudul Fatwa-Fatwa Mufti Kerajaan Johor seperti yang disebutkan dalam soalan di atas. Buku ini merupakan himpunan fatwa Almarhum Datuk Syed Alawi al-Haddad (meninggal dunia 1962). Beliau adalah bekas Mufti Kerajaan Johor (1934-1961). Pada saya, fatwa mufti itu kurang jelas menyatakan tanggungjawab siapa menjalankan kerja-kerja rumah seperti mencuci pakaian, memasak, menyediakan makanan, mengasuh anak, menyidai kain dan sebagainya.

Saya membaca lagi beberapa buah buku yang ada dalam simpanan saya untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut tentang perkara itu. Saya dapati, kebanyakan menyatakan kerja-kerja rumah seperti yang disebutkan di atas adalah tanggungjawab suami.

Saya tersentak seketika apabila membaca kerja-kerja seperti itu termasuk dalam senarai kewajipan suami terhadap isteri, di samping nafkah utama yang meliputi makan minum, kediaman, pakaian dan perubatan. Kewajipan isteri pula dinyatakan ialah melayani kehendak suami dan menyerahkan tubuh badan kepadanya serta menyahut panggilannya dengan segera bila diperlukan, sekalipun ketika dia sedang memasak di dapur.

Buku-buku itu antara lain menjelaskan lagi, isteri tidak harus berpuasa sunat, kecuali terlebih dahulu memaklum dan mendapat keizinan suami, kerana khuatir nanti suatu panggilan kecemasan akan berlaku, sedangkan dia tidak dapat menyahutnya kerana berpuasa. Dinyatakan lagi, jika isteri tidur bermalaman, sedangkan dia dengan sengaja tidak melayani kehendak suaminya, maka sepanjang malam itu dia dilaknat Allah dan malaikat.

Kesetiaan isteri terhadap kehendak suami semacam boleh ditafsirkan dengan ada bayarannya, iaitu kerja-kerja rumah seperti mengasuh anak, memasak, membasuh pakaian, menyidai kain dan sebagainya hendaklah dijalankan oleh suami. Kecuali jika isteri dengan rela hati sedia melakukannya.

Saya tidak mempertikaikan hukum-hukum yang telah diputuskan oleh al-Quran dan hadis-hadis sahih berhubung kewajipan suami terhadap isteri, seperti nafkah makan minum, kediaman, pakaian dan perubatan yang wajib ke atas suami menyempurnakannya. Manakala kewajipan isteri terhadap suaminya pula hendaklah melayani sepenuhnya kehendak suami sebaik sahaja panggilan dibuat.

Persoalan yang berbangkit ialah mengenai kerja-kerja harian di dalam rumah seperti memasak, mengasuh anak, menyidai pakaian dan sebagainya, benarkah ia termasuk antara tugas suami? Isteri hanya boleh melakukannya secara sukarela atau suami sendiri menyempurnakannya sebagai tanggungjawab terhadap isteri. Begitulah apa yang saya faham daripada buku-buku yang saya baca.

Saya berpendapat hukum ini adalah hasil ijtihad ulama pada beberapa abad terdahulu. Ijtihad boleh berubah dari masa ke masa mengikut perubahan zaman, keadaan dan tempat. Ijtihad ulama juga tidak selalunya tepat dan betul, kadang-kadang boleh disanggah oleh ulama melalui ijtihadnya yang dihasilkan pada waktu dan masa yang lain pula. Dalam hadis menyebut: Sesiapa yang silap dalam ijtihadnya maka ia memperoleh satu pahala dan siapa yang betul, akan mendapat dua pahala.

Menurut mazhab Imam Malik, uruf dan kebiasaan dalam sesebuah masyarakat boleh dipakai bagi menurunkan sesuatu hukum. Atas dasar ini, isteri boleh memasak, menyidai pakaian, mengasuh anak dan sebagainya jika dia suka, tetapi bukan sebagai kewajipannya. Beberapa alasan berikut boleh dijadikan hujah:

Pertama: Allah berfirman kepada para isteri yang membawa maksud: Isteri menanggung kewajipan terhadap suaminya yang wajib dilaksanakan dengan cara yang baik, suami juga dikehendaki melakukan kewajipan yang serupa (al-Baqarah: 228). Ini bermakna suami isteri sama-sama mempunyai tanggungjawab terhadap satu sama lain.

Saya beranggapan tidak adil jika urusan yang dilakukan di luar rumah seperti mencari nafkah makan minum, kediaman, pakaian, perubatan menjadi kewajipan suami sepenuhnya, kemudian kerja-kerja di dalam rumah juga menjadi kewajipan suami. Isteri seolah-olah tiada sebarang kerja, selain melayan suami dengan tubuh badannya sahaja. Cara yang lebih adil ialah kerja-kerja di luar rumah menjadi kewajipan suami, sementara dalam rumah pula hendaklah diambil tanggungjawab oleh isteri.

Kedua: Dalam pergaulan sesama manusia dan juga keluarga, setiap hak yang wajib ditunai hendaklah ada balasan yang diterima. Suami dipertanggungjawab memberi nafkah dengan jalan yang terbaik, seperti yang dinyatakan terdahulu. Apakah hak ini telah dibalas oleh isteri dengan cara yang terbaik juga seperti yang sepatutnya? Apakah kewajipan menyara hidup yang disempurnakan oleh suami terhadap isteri dan anak-anaknya itu dianggap sebagai percuma dan tidak perlu dibalas apa-apa? Islam dan juga budaya Melayu tidak menyatakan begitu.

Mungkin ada orang menjawab, tubuh badan isteri yang diserah kepada suami itu sendiri bayarannya. Suami berhak mendapat kepuasan sesuka hati dan pada bila-bila waktu sahaja. Alasan ini boleh ditolak dengan mudah, kerana kepuasan itu bukan hak suami semata-mata, tetapi hak bersama.

Jika tubuh badan isteri dianggap hak suami, maka tubuh badan suami juga boleh dianggap hak isteri. Sesetengah orang menyebutnya sebagai nafkah batin yang wajib disempurna oleh suami, sekalipun saya tidak setuju dengan istilah nafkah batin itu.

Ketiga: Suami dikira sebagai qawwam (pemimpin) dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap isteri, dengan itu isteri hendaklah menjaga kepentingan suaminya. Jika suami bertanggungjawab dengan memasak dan membasuh pakaian isteri, bermakna isteri sebagai pengawal suami. Ini bertentangan dengan maksud ayat 34 surah al-Nisa. Oleh itu jalan yang paling serasi dan bermuafakat dengan adat dan budaya Melayu ialah isteri bertanggungjawab dengan kerja-kerja rumah, manakala suami hanya membantu.

Mungkin ada suami yang bersedia melakukan kerja-kerja itu. Ada suami yang sangat berminat dengan kerja-kerja memasak, mengasuh anak dan menjahit pakaian sendiri, sementara isteri pula berminat dengan kerja-kerja di luar rumah seperti berniaga dan sebagainya. Amalan ini tidak salah dari segi hukum jika suami isteri rela dengan cara itu.

Keempat: Banyak riwayat menyatakan kehidupan harian para sahabat sebagai suami atau isteri, masing-masing memberi khidmat dan bantu-membantu antara satu sama lain. Sebagai contoh, Asma' binti Abu Bakar, isteri al-Zubayr Ibn al-Awwam, selalu membantu suaminya dengan memberi makan kuda, mengangkut air dari tempat yang berbatu-batu jauhnya. Tidak pula kedengaran Baginda Rasulullah melarang Asma' berbuat demikian dengan alasan semuanya itu adalah kewajipan suami.

Fatimah al-Zahra, isteri Ali Abu Talib dan puteri Nabi, juga melakukan sendiri kerja-kerja memasak dan membakar roti, menyediakan makanan dan mengisar tepung, sehingga menjadi pecah-pecah pada tangannya. Fatimah dan suaminya pernah mengadu kepada Nabi agar mengizinkannya mendapatkan pembantu rumah atau khadimah.

Tetapi Nabi menyuruh agar Fatimah terus melakukan sendiri kerja-kerja itu. Baginda tidak pula mengatakan, serah saja kepada Ali, kerana itu tanggungjawabnya sebagai suami.

Mungkin ada orang menjawab, sumbangan Fatimah yang membuat kerja-kerja rumah itu hanya sukarela, bukan sebagai kewajipan atau tugas. Saya katakan, kerja-kerja itu adalah kewajipan Fatimah bukannya sukarela, kerana Nabi tidak menerima cadangannya untuk mendapatkan pembantu rumah bagi menjalankan tugas-tugas itu.

Jawapan Rasulullah s.a.w. kepada puterinya Fatimah adalah suatu perakuan yang dengan sendirinya menurunkan hukum yang bakal dipakai umatnya, iaitu dalam menentukan tanggungjawab siapa sepatutnya melakukan kerja-kerja rumah, suami atau isteri. Dalam ilmu Mustalah Hadis, perakuan ini disebut taqrir (perakuan Nabi).

Saya berasa penting juga dinyatakan di sini bahawa tugas isteri pada hakikatnya ditentukan oleh adat resam dan budaya hidup sesuatu bangsa itu sendiri. Masyarakat Melayu telah mewarisi satu budaya yang agak kukuh, iaitu kerja-kerja berat yang biasanya menjadi kewajipan suami, manakala kerja-kerja ringan biasanya menjadi tanggungjawab isteri.

Ditakdirkan ada isteri merasakan adat dan budaya Melayu ini tidak perlu lagi dipertahankan, sudah tiba masanya lelaki dan wanita disamakan. Suami harus menyediakan sendiri makan minumnya, membasuh dan mencuci sendiri pakaiannya. Bagaimana pula jika dia kesuntukan masa untuk melakukan kerja-kerja itu, lalu menyerahkannya kepada pembantu rumah atau orang gaji? Tidakkah hati tersentuh melihat orang lain berada di samping suami kerana menyediakan makan minum dan mencuci pakaian dan menyentuh barang-barang yang akrab dengannya?

Adat resam dan budaya Melayu tidak pernah menerima cara itu. Janggal sekali jika orang yang tidak ada kena-mengena itu bebas melakukan apa sahaja yang disukainya.

***

ini adalah jawapan kepada persoalan yang memusykilkan saya selama beberapa hari nie..dijawab oleh Dr. Abdul Hayei Bin Abdul Sukor (Akademi Pengajian Islam)

kesimpulan yang saya dapat bila baca, ya memasak tue bukan kewajipan bagi seorang isteri tapi adalah suatu bentuk bantuan yang dihulurkan buat si suami secara sukarela.. mudah saja sebenarnya,sebagai suami isteri apa yang penting saling BEKERJASA & saling MEMAHAMI antara satu sama lain..kalau semua benda suami kena buat,takut dia cakap bye2 je satu hari nanti :))) (moga dihindari)..so sebagai suami isteri kne la saling tolong-menolong,,jgn berkire sgt bab memasak nie,,xkire r suami ke isteri ke yg masak,,bukan bab memasak je ekh,,byk lg p'kare2 yg suami isteri kene wat same2,,



alhamdulillah,,cukup ini dululah perkongsian yang saya ley kongsi dgn sahabt2 semua,,sekirenye ad silap tolong tegur ye,,(",),,saya hanye manusia biase yg xlari dr membuat kesilapan,,

p/s : jangan pk bukan2 lak bila saya post pasal tanggungjawab suami isteri nie,hoho..ilmu tue kan kena kumpul dari sekarang,ye tak..?? hehehe

Wallahu a'lam,,

10 comments:

  1. kesimpulannye ialah persepsi tetap xbrubah... keje uma still ats istri kn? bkn ats suami kn? even skrg istri pn bekerja.. tp tetap keje uma kne wt... same je..
    *sory.. not emotional..but what i read and understood from this reading.. thnks btw*

    ReplyDelete
  2. ye la.. masalah sekarang, bila sama2 kerja, tapi balik rumah isteri yg kena buat semua.. tapi duit sama2 nak kongsi.. bukan emotional jugak, tapi semua diatas tu applies if isteri tak bekerja kan.. lagi satu.. bukan sahaja isteri serah tubuh badan sebagai bayaran, tapi melahirkan anak macammana? kalau suami isteri bersama dianggap sama2 berkongsi, tapi macammana bila isteri mengandung 9 bulan, bersalin? ada konngsi sakit ke?

    renung2 kan lah!

    ReplyDelete
  3. setuju sangatt.....

    pagi = wat sarapan,siapkn bekal anak,salin pampers anak.
    ~~~ pegi keja sama2 ng suami ~~
    ~~~balik kja sama2 ng suami ~~~

    petang = ambil ank,basuh baju,kemas rumah,mandi kn anak.
    malam = masak,jemur baju,layan suami.
    ~ulanag2 setiap hari ~~

    to blom masuk mengandung 9bln & melahirkn anak

    MANA ADA PERTOLONGAN SUAMI.INI BUKAN SUKARELA LAGI NI MEMANG WAJIB..!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau wajib keatas isteri maka bukan ajaran islam

      Delete
  4. Salam.. sori kalo nak mengomen.. ^^ kemarin ada dgr ceramah dr Ustaz Kazim.. (kalau kenal).. ustaz ada sebutkan dalam kitab apa tah..sy kurg dgr yg tu mengatakan bhawa tggjwb memasak ni sbenarnya adalah tggjwb suami. Isteri cuma pembantu. If isteri tiba2 kata harini dia takmau masak, suami xboleh marah. Sebab isteri just pembantu. Tapi, isteri yg baik Rasululah cakap..isteri yg sentiasa meringankan kerja suaminya. Kalaulah isteri merungut or membebel, jgnlah marah. diam lebih baik. Sbb dah cukup baik isteri mau tlg kan. sebagaimana kisah Saidina Umar.. "Aku hanya mendiamkan diri sekiranya isteri aku membebel.Kerana dia sudah membantu menjalankan tnggugjwabku." wallahu'alam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ustad kat malaysia ni masak ..tak kemas rmh dan lain2... Dia nk g ceramah..imam kat masjid..cukup masa tak... Rasa mcm tak laa

      Delete
  5. Assalamualaikum. Pada pandangan saya berdasarkan pengalaman dan pembacaan, seorang isteri tidak seharusnya merungut di atas segala yang di kongsi bersama. Lihat kembali kenapa isteri bekerja? Adakah untuk memenuhi kehendak @ keperluan. Sekiranya disebabkan untuk memenuhi kehendak seperti, every year leh g holiday, pakai pakaian yang mahal, kalau malas, boleh hantar dry cleaning, hantar anak ke sekolah yg mahal2... , maka tidak sepatutnya isteri marah2 dan mengungkit. Kerana tugas isteri adalah di rumah, menjaga keperluan suami dan mrndidik anak2 yang bakal menerajui hala tuju kehidupan seterusnya. Tetapi sekiranya isteri bekerja kerana keperluan, disebabkan ibu tunggal, suami sakit, suami malas bekerja, itu dah dikira memenuhi keperluan. Membebel tu boleh, tapi kurangkanlah. Kerana ia akan memberi suasana yang agak keras pada kehidupan anak2. Perkara ini berlaku pd diri saya. Bilsa saya ambil cuti tanpa gaji, saya baru perasan bahawa selama ini saya bekerja memenuhi kehendak. Walhal, keharmonian rumah tangga paling penting. Gaji suami x banyak. Saya terpaksa sekat kehendak yang tidak sepatutnya. Dan suami mula merancang untuk kerja sambilan bg menampung pbelanjaan. Kesannya, saya sendiri sudah tidak marah2. Belajar bersyukur di atas nafkah pemberian suami. Tapi kekadang tu terbabas gak mengungkit. Tapi x seteruk dlu.

    ReplyDelete