Tuesday, June 15, 2010

KISAH IBRAHIM BIN ADHAM DENGAN TUJUH WASIAT

Bismillah,,,,,

Suatu ketika dahulu, Ibrahim bin Adham telah dikunjungi seorang lelaki. Lalu Ibrahim berkata kepadanya. “Berikanlah nasihat yang berguna kepadaku yang akan membuatkan aku takut kepada Allah. Lalu lelaki itu menceritakan wasiat tujuh perkara kepada Ibrahim bin Adham.

Orang yang banyak bicara janganlah kamu harapkan sangat akan kesedaran hatinya.

Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat akan kata-kata hikmat darinya.

Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat ibadahnya.

Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan husnuk khatimahnya.

Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sngat akan hidup hatinya.

Orang yang memilih kawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

Orang yang mencari kerelaan manusia janganlah harapkan sangat keredaan Allah darinya.

Tuesday, June 1, 2010

Millatfacebook vs Facebook



.
ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam. Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu ini.

Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.

“Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.

“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.

“Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim.

Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu. Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan. Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an.

Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB. Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat.

p/s : Kini sudah sudah wujud alternatif kepada facebook rentetan dari berlakunya penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW sejak kebelakangan ini. Syabas diucapkan kepada mereka yang berusaha mewujudkan 'klon' FB ini. Namun di sana, usaha murni ini perlulah disokong oleh Muslim seluruh dunia khususnya di Malaysia ini jika tidak, tersenyumlah lagi pihak kuffar disebabkan kebodohan umat Islam itu sendiri.