Assalamualaikum..
wah banyaknye makanan, semua nak makan..(mungkin itu dalam hati budak ini)
Alhamdulillah, ramadhan sudah kita jejaki, 6hari berlalu.. pantasnya masa.. Tapi pantas jugakah ibadah kita??..fikir semula "dah masuk 7hari, tapi apa yg aku buat?"
Fikir, fikir dan zikir.. "bape jam aku tido sejak ramadhan ni?", "bape byk aku belanja utk makan buka?", "bape kali aku bgun utk qiamulail?", "dan bape pentgnya solat fardhu dr solat terawih aku buat?" semua persoalan "berapa",..dan pastilah jawapannya "bagaimana nk atasi.."Benarkah ramadhan bulan tido, bulan makanan dan bulan mengejar amalan baik?"
Ingin aku kongsikan buat pembaca yang aku dapat dari sahabtku di UIA,
Ada seorg yg berlatar belakang bkn agama, mencari dan mengkaji apa yg berlaku sepanjang Ramadhan,inilah hasil pemerhatiannya..
1) The Moon Sighting
-isu melihat "anak bulan" dan membuat penentuan hari berpuasa.. memandgkn Malaysia pnya sistem falak, maka 1Malaysia bersetuju dgn penentuan ahli falak.. Namun, berbeza dgn muslim di luar sana.."sebuah kg berpuasa hari ini, sebuah kg lain berpuasa esok".. jd,fikir2..andai ada yg bertanya "bagaimana cara penentuan hari berpuasa itu?".."jgn hanya sekadar "dengar jelah pengumuman puasa di TV1"..oh fikir2kanlah, muslim perlu tahu bagaimana..
2) 8 VS 20 In Terawikh
-Ini isu yg xpernah mati dlm masyarakat..bercanggah, berpendapat sendiri, benci2 membenci dsb..kejadian di UKM sendiri, 1Ramadhan "lautan manusia membanjiri MASJID UNIVERSITI utk solat terawikh hingga penuh saf di level 2 dan juga Surau Kolej ku sendiri sampi harus solat di luar Bilik Seminar ".. kita lihat .."wah, bagusnya!! mereka tidak sabar menanti Ramadhan.."bila fikir2 dan zikir.."di mana lautan manusia itu tika solat fardhu?..di mana mereka saat imam bertakbir pertama selepas azan dilaungkan?..yg mana lebih utama?..solat terawikh atau solat fardhu?.."sungguh manusia selalu lupa, prioriti mereka..bertekak mempertahankan 8 rakaat,20 rakaat yg sejam dua, tapi lupa 2 rakaat subuh yg hanya 5-10minit..inikah madrasah ramadhan kita??
3) Super Speed Terawikh
-Allah, tepuk kepala mendengarnya.. "ramadhan di awlnya rahmah, di pertengahan maghfirah dan di akhirnya selamat dr neraka" mafhum hadith.. itulah yg kita inginkan, tetapi..saat terawikh tiba, "2o rakaat tanpa henti spt pertandingan berlari dan bertutur 160km/j..Terawikh itu merehatkan diri, saat kita bertemu dgn Allah, bertutur dgnNya dgn hati yg tenang..supaya sunat terawikh yg dilakukan dlm Ramadhan mendidik kita melakukan solat2 sunat di bulan lain.."Ini ,mengejar 20 rakaat sunat, tetapi lepas ramadhan 1rakaat pun liat nk buat.. "Apa yg penting?..bukan kerjasama mcm WONDERPET.. tapi kualiti solat itu berbanding kuantitinya..
4) Start Eating Food
(peerrgg ABC yg menyelerakan.........)
-Ini juga kadang2 jadi penyakit bila datangnya Ramadhan.. "berplastik2 dok beli juadah buka, air ABC, cendol, soya.. tu baru air, makan lagi, nasi ayam dara, taufu fa, keropok lekor, sate, ayam percik..oh xmenang tgn dibuatnya.. si penjual plak sudah sedia awl, dari 3ptg,ada yg dr 12tgh sudah sedia menanti pelanggan..oh inikah ramadhan?.. seperti hari makanan sedunia.. Tidak salah beli semua itu, tetapi berpada-padalah.. jgn membazir,baik2 nak loss weight, jd high weight.. "Ramadhan hanya bulan yg mengajar kita sabar, rehat, jaga diet.. kalau bulan lain kita jg diet, kenapa ramadhan berbeza?.. jadikan ianya normal walau berbeza waktu makannya..
5) 27 Ramadhan Muslim
-Apakah maksudnya?..Ini juga penyakit, "27 ramadhan yg ditunggu2 utk membuat amal sebanyak mungkin, beriktikaf di masjid, sehari bermastautin di masjid dgn segala pakaian dan makanan.. yelah, malam yg lebih afdhal dr 1000 bulan fikirnya.. jd 27 ramadhan dh start sungguh2 bwt amal di masjid.. sebelum dan selepas 27 ramadhan sunyi sepi isi masjid tu.. ada pula pattern malam2 ganjil terakhir ramadhan" ..mafhum hadith, nabi xtinggal 10 malam terakhir ramadhan..tp kita main skip2, yg xskip amik 27 ramadhan je..Fikir2 dan zikir.."adakah mencukupi hanya beramal sungguh2 pd 1malam shj?", "adakah kita tahu bila malam lailatulqadar itu?"sungguh, kita lupa..ramadhan xmengajar kita utk membanyakkan amalan tanpa istiqamah, setiap hari mengaji 1juzuk, atau berjuzuk2.. bulan lain nak buka quran pun susah..qiamulail berjam2, duduk berteleku berjam2, menangis bengkak mata, tetapi cukupkah hanya di bulan Ramadhan?..byk lagi kita bole bwt, senyum, zikir, tahmid, tasbih, bertegur dgn shbt2, mengingatkan shbt2..itu juga pahala, "Islam ask to do the best deeds, not a lot of deeds"
Akhir kalam, "beramal dlm bulan yg mulia dgn sebaiknya, agar kita dpt beramal di bulan lain juga" Fikir..Fikir..Zikir..Allahu Akbar!
-bersiap utk ke Kelas Academic Communication".. Allahumma yassir lana kulli 'asir..
"Salam ramadhan, moga hari ini lebih baik dari semalam.."
Wah~ memang menarik pun isu ni.. tahniah..:)
ReplyDelete