Friday, May 28, 2010

APABILA SI SYAITAN MENGELUH DAN TERKECEWA

.
Rasulullah s.a.w bersabda, baginda bersabda, “Setiap anak Adam akan di jaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya anak Adam melakukan dosa maka maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan, katanya, “Apakah yang harus ku catat?” “Kata malaikat di sebelah kanan , “Jangan kamu catat dahulu dosanya sehingga ia melakukan lima kesalahan.”

Malaikat di kiri pun bertanya lagi “Sekiranya dia telah melakukan lima kesalahan, apa harus ku catatkan?” Jawab malaikat kanan, “Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah di beritahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala, Oleh itu hapuskanlah lima kesalahannya yang lalu sebagai tebusan ...dan kami masih simpankan untuknya lima pahala lagi”.



Apabila mendengar penjelasan itu, si syaitan itu terus mengeluh dan kecewa.

No comments:

Post a Comment