Monday, February 22, 2010

Anjing dan awekmu.....

LEMBU : Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
ANJING : Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : eh? kenapa?
ANJING : aku lalu tepi dua orang manusia, lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis !
LEMBU : Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.
ANJING : Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?
LEMBU : Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun
disamak.
ANJING : Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram".

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat..so jgn nk cuba2 ekh..

Babi itu adalah sehina-hina makhluk pada pandangan kita, orang Islam. Tetapi rupanya, ada lagi yang lebih hina daripada itu. Orang yang membiarkan dirinya disentuh oleh orang yang bukan muhrim lebih hina daripada babi.

Begitu juga dengan bangun Shubuh. Kalau orang yang masih berselimut walaupun sudah dengar adzan Subuh, dia seperti menyelimuti dirinya dengan kulit babi.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)


Semuanya bergantung pada keyakinan kita pada Allah. Yakin, bukan hanya percaya sahaja. Kita semua percaya Allah itu wujud. Tapi adakah kita betul-betul yakin yang Allah itu wujud? Kalau betul yakin, laksanakan setiap perintah-NYA dan jauhi semua larangan-NYA .

Setiap daun yang gugur, dan setiap perasaan dalam hati. Dia yang Maha Mengetahui. Dan Dia uji kita, ingatkah kita pada-NYA? Back to root. Back to Him. Ingat pesan Ibu-Bapa dan ajaran cikgu-cikgu kita.

Jangan jadi hamba nafsu, tapi biarlah nafsu menjadi hamba kepada keimanan kita...Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment